7.2.11

P.E.R.T.A.M.A

Assalamualaikum.
Tiada yang AWAL, tiada yang AKHIR
Tiada yang PERTAMA, tiada yang KEDUA, tiada yang seterusnya...
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan ini aku merasmikan blog aku dan first entry aku.
Sebenarnya blog ni lebih kepada perkongsian pengalaman lama aku sewaktu di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kolej MARA Kulim, Universiti Teknologi Malaysia serta penglaman baru aku. Ahli keluarga yang lama dan baru serta kawan-kawan yang pernah mengenali aku walau di mana sahaja kita bertemu, walau sejauh mana jarak kita, anda dialu-alukan untuk memberi sebarang respon dan komen di blog ini.

Aku sebenarnya bukan pandai sangat pun pasal blog2 nih.hihi.tapi aku cuba la k. tadi balik sekolah aku terasa nak bukak friendster, setelah sekian lama aku menceraikan friendster haha. maklum la dah kahwin ngan facebook sekarang. dulu time belajar kat UTM, friendster la peneman aku study. tapi kan, nasib baik gak time aku belajar dulu aku belum ada facebook. kalau tak mesti masa study aku berkurang haha. alkisahnya tadi masa aku bukak friendster aku terbukak la blog aku kat friendster tuh. tetiba rasa cam best je kalau aku buat blog baru. hihi. tapi ni baru first entry, aku tak tau la aku mampu tak manage blog lepas nih. hihi.

Lagi satu, aku terbaca la komen kawan aku, Karimah Abd Ghani dalam entry aku yang dah berkurun lama. tapi aku suka komen tuh.dalam lawak ada serius. dalam suka ada duka. dalam main-main ada point. aku copy komen tuh kat sini:

assalamualaikum……ingat maizatul fariha bahawa maizatul fariha tidak keseorangan…maizatul fariha udah mempunyai ramai kawan yang boleh menghilangkan kesunyian maizatul fariha. ingatlah pesanan Karimah ini. maizatul fariha boleh meluahkan apa saja yang maizatul fariha inginkan kepada karimah. karimah sedia mendengar luahan maizatul fariha…tapi maizatul fariha mesti berjanji yang maizatul fariha akan mendengar masalah karimah juga. ingat maizatul fariha! kita saling lengkap melengkapi….maizatul fariha,ingatkah maizatul fariha akan kenangan kita pada zaman jepun dahulu? ketika itu bekalan makanan begitu tidak mengikut selera lantas maizatul fariha menhubungi kroni2 di restoren husni untuk mendapatkan bekalan yang secukupnya…operasi bermua apabila pihak musuh mula menuduh kita membawa bekalan makanan dari luar…maka bermulalah episod menyusut nasi air di dalam jubah. maka, begitu sukarlah kite untuk menyeludup bahan terlarang dalam kawasan aspuri. setelah tembok smaasza berjaya dirukas, maka dapatlah kita menikmati juadah yang enak…iaitu NASI AIR RESTOREN HUSNI………….huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu….. pstu mesti kite main tang kejor….behnye jaman muda2 lu…letih ar ak ckp gitu. ckp biasa mula ar… ok la, kekgi penuh lok blog mg ni…ingat maizatul fariha, karimah sentiasa ada di cc…..assalamalaikum…


Isunya di sini bukan Karimah, bukan Aku, bukan Korang, tapi KITA SEMUA. Walau di mana kita berada, walau siapa pun kita, kita mesti mempunyai kawan. dan yang paling menarik tentang kawan ialah 'kawan lama'. it takes a long time to grow an old friend- Suhaida Mohamad. Ayat ni Suhaida yang bagi aku masa sekolah menengah dulu. dan sampai hari ini aku masih ingat ayat ini kerana ada satu perasaan yang hadir bila anda cuba memahaminya dengan baik. aku rasa setakat ni sahaja aku mampu berbicara.hihi. semoga aku diberi ruang untuk berbicara lagi.assalamualaikum.

12 comments:

  1. wah2..nk berjinak2 ngan dunia blog lak..layannnn

    ReplyDelete
  2. muslimah rempit: hihik tah baru nak cuba ahaks

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum kak ja.. Slmt ber'blogging'.. InsyaALLAH boleh pnye~ Jia You~ ^__^

    ReplyDelete
  4. bagus3..teruskn usaha anda...chaiyok3

    ReplyDelete
  5. ja weih..suke kerah aku baca ayt2 keymah tu...bab susuk ns air dlm jubah tak tahan tu..mg wat sungguh ke gtu..wahahahha...sakit perut aku suke...ahahahhahaahah

    ReplyDelete
  6. seda: ako pon dop ingat doh aku wat ke dop.haha.maklum la, dulu2 nakal.hihik.seda.ajo aku tek manage blog hihik.

    ReplyDelete
  7. ja, aku pon xbrape nk reti ag nih...ngah blajo2 gop nih..

    ReplyDelete
  8. eh, ja..ble masa aku bg ayt tu ke mu ye....?? aku pon xigt doh..hahahah...mmg aku de nyakit temporary memory loss doh aku rs nih =p

    ReplyDelete
  9. seda.mum bagi ke aku mase form2 kalo dop silap. kad birthday ke nape au. tp mcm hop mum wat diri, aku pon dop ingat. aku ingat aku gunting kertas ayat tuh, then aku simpan lam card holder aku. ade a kat umoh kg nu.kalo dop silap aku, mmg mum a hop bg.hihik.

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete